Jutaan terima kasih untuk semua customer2 riena yg dr awal tertubuhnya company rienacupcakes n cakes tak jemu2 memberi sokongan dan membeli produk2 riena. Diharap semuanya berpuas hati dan riena sayang kamu semua... Untuk membuat tempahan jom sms riena di 010-7026906

Wednesday, January 20, 2010

Apam Blueberry - untuk doorgift



yang ni plak apam blueberry,selalunyer di jadikan doorgift....kiranya adik beradik muffin la nie hehehe sesuai juga dijadikan untuk minum petang...yummy....budak-budak suke coz ada inti bluberry dlm die hehehe

kepada yg ingin mencuba sila la tgk2 resepi nie yer...dpt dr umah kak yatiecooking dan resepi asal dr umah Mamafami :)


APAM BLUEBERRY (boleh buat strawberry gak tau)
BAHAN-BAHAN:
2 biji telur
1 cawan gula
1 sudu kecil ovalette
2 sudu teh esen vanilla
1 cawan susu segar
2 cawan tepung naik sendiri
Jem (blueberry/strawberry)
pewarna
CARA-CARA:
Pukul telur, gula, vanilla & ovalette hingga putih. Masukkan susu segar, kacau dan diikuti dgn tepung.
Setelah sebati, boleh le dimasukkan dalam acuan apam spt yang dihajati. Bubuh sedikit adunan, ditengahnya dibubuh jem pilihan hati & ditutupi semula dengan adunan. Akhir sekali kukus hingga masak.

No comments:

Post a Comment